Thursday, February 28, 2013

Salam Tahniah Buat Seluruh Warga Kumpulan Budaya Dikir Barat Sri Jara ( KUDABARA ) kerana telah melakarkan sejarah menyampaikan persembahan Dikir Barat terbaik dalam Karnival Dikir Barat Parlimen Jerantut. Semoga dengan permulaan tahun 2013 yang baik ini dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan. Syabas''

Saturday, June 16, 2012

Astaka Sri Jara

Awal Jun 2012 bermula lakaran sejarah bagi seluruh warga Belia Sri Jara dan penduduk Kg. Baru Jara dalam daerah Maran kerana tarikh bertuah itu telah berjaya menyatupadukan penduduk Kg. Jara bersama warga Belia seluruhnya membangunkan sebuah bangunan untuk dijadikan bagunan pertama hak milik sepenuhnya bagi Pertubuhan Belia Sri Jara berfungsi sebagai medan penyampaian maklumat, pusat latihan Dikir Barat, Seni Silat, Sukan Tomoi seterusnya dijadikan sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan di Kg. Baru Jara ini.
Berkat hasil kesabaran serta tungkus-lumus warga belia dan penduduk Kg. Jara telah berjaya membina sebuah empayar yang megah bergelar ASTAKA BELIA SRI JARA''
Bangunan merupakan sebuah pentas dan sebahagian stor ini menjadi pusat dan tonggak dalam menggerakkan Pertubuhan Belia Sri Jara untuk lebih maju dan terus maju. Iringan doa dihulurkan semoga semangat golongan muda dalam menjayakan masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan terus kukuh dan sentiasa mekar demi kebahagiaan masyarakat, agama dan negara.

Friday, February 3, 2012

Dikir Barat Sri Jara Pembuka Tirai 2012


Salam muhibbah, salam belia satu Malaysia dan salam silaturrahim kepada seluruh rakyat Malaysia. Hari ini 16/1/2012 kami telah mendapat tawaran persembahan Dikir Barat di majlis perkahwinan bagi sama-sama memeriahkan suasana. Sementara itu kami telah menyediakan pakaian persembahan baru sebagai perasmian untuk pembukaan Tahun 2012. Diharap tahun ini dapat menjadikan Kumpulan Dikir Barat Sri Jara terkenal ke seluruh pelusuk tanah air''

Thursday, December 22, 2011

PROGRAM PERKASA BELIA SRIJARA

Salam hormat kepada seluruh peminat Blog kami, hari ini sempat kami berkongsi cerita perkembangan aktiviti terkini Beliasrijara, Maran Pahang. Dalam menjayakan usaha menyatupadukan masyarakat dengan kalangan ahli belia, hari ni kami mengadakan satu aktiviti kemasyarakatan bagi memperkasakan belia dalam masyarakat iaitu Program Perkasa Belia Srijara.
Ini bangunan yang menjadi Tonggak keyakinan warga belia Srijara'' di sini juga dijadikan pusat khidmat masyarakat serta pusat pemindahan banjir dan bencana di Kg. Jara ini'' Harap lepas ni akan bertukar sebuah Firma@ bangunan 3 tingkat pula'' Heeee insya Allah''

Di sebelah pagi, kami jayakan dengan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan padang dan sekitar Gelanggang Futsal. Ini melibatkan semua peringkat umur bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya''






 Di sebelah petang, kami teruskan dengan Klinik Futsal. Di sini kami melatih pasukan pelapis yang bakal mengharumkan nama negara suatu hari nanti'' Insya Allah. Jurulatih dipilih dari kalangan belia yang mahir peraturan dan strategi Futsal.


Turut mendapat sambutan oleh JKKK Kg. Jara
Di sebelah malam, kami teruskan dengan latihan dikir barat oleh Kumpulan Dikir Barat Sri Jara''



Maka aktiviti telah berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama belia dan masyarakat seterusnya dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan belia masa hadapan'' alhamdulillah

Friday, December 16, 2011

Program Ramah Mesra Dakwah

 Dalam kemeriahan seluruh penduduk Kg. Jara bersama Beliasrijara menjayakan Program Asyura ditambah dengan kerjasama erat daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pahang bersama Pejabat Agama Islam Daerah Maran sempat kami rakamkan beberapa aktiviti untuk simpanan kami demi rujukan generasi akan datang''