Tuesday, May 19, 2009

Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing


Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing itulah antara moto dalam Persatuan Belia Sri Jara dalam menjayakan program pertama iaitu melibatkan kerjasama dalam Gotong-royong antara golongan Belia Sri Jara dengan masyarakat di Kg Baru Jara.
Program berkenaan yang dijalankan pada 1 Mei 2009 mendapat kerjasama yang sungguh luar biasa daripada setiap lapisan masyarakat di Kg Baru Jara. Ini mengambarkan semua penduduk di Kg Baru Jara yang berada dalam daerah Maran menyokong sepenuhnya usaha yang telah dilakukan oleh Persatuan Belia Sri Jara. Kami seluruh jentera Belia Sri Jara mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program berkenaan.

Monday, May 11, 2009

KARNIVALSRIJARA

Kami warga kerja Persatuan Belia Sri Jara menjemput anda sama-sama berkunjung ke perkarangan padang Kg Baru Jara pada 7 Jun 2009 kerana kami mengadakan satu hari terbuka untuk seluruh penduduk Kg Baru Jara khususnya mempamerkan kebolehan dan keupayaan dalam perlawanan bolasepak dan pertandingan bola jaring. untuk kanak-kanak juga disediakan pertandingan mewarna serta bola sepak bawah 14tahun. Kami menjemput kehadiran anda untuk memeriahkan lagi Karniwal Sri Jara itu nanti.

Friday, May 8, 2009

Persatuan Belia Kg Baru Jara

Pada 1 Januari 2009 terbit satu suara mencadangkan agar ditubuhkan satu persatuan untuk golongan belia dan beliawanis di Kg Baru Jara.
Kira-kira seminggu selepas cadangan berkenaan diusul, mesyuarat penaja dilakukan dan telah melantik seorang pengerusi, timbalan pengerusi dan beberapa orang ahli jawatankuasa seterusnya dipanjangkan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Maran serta telah mendaftar satu persatuan di Kg Baru Jara dengan nama PERSATUAN BELIA SRI JARA.
Maka lahirlah sebuah persatuan yang bertujuan merapatkan silaturrahim antara belia dan beliawanis seterusnya mewujudkan silaturrahim yang baik antara belia dan beliawanis dengan masyarakat.