Wednesday, August 26, 2009

Kejayaan Pasukan Futsal

Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Futsal Belia Sri Jara kerana telah berjaya mendapat tempat ke dua dalam pertandingan sukan Komuniti yang berlangsung di Jengka 3 16/8/09 yang lalu. Satu lagi kebanggaan boleh dipuji atas semangat setiakawan yang ditunjukan oleh ahli belia serta sokongan dan dorongan banyak pihak. Bravo dan bravo daripada pengerusi belia atas kejayaan tersebut. semoga akan bertambah lagi kejayaan demi kejayaan diperoleh buat Belia Sri Jara.

Monday, August 24, 2009

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan dan selamat Berpuasa diucapkan kepada seluruh umat islam semoga dengan kehadiran Bulan yang penuh keberkatan ini akan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah Snt yang Maha Esa. Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua umat islam supaya memenuhi Bulan Terbaik Dari Seribu Bulan ini dengan pelbanyakan amalan dan sentiasa mengerjakan amal kebaikan. Semoga mendapat berkat' Ikhlas dari Pengerusi Belia Sri Jara.

Monday, August 10, 2009

CLUB DIKIR BARAT KG BARU JARA





Kini Club Dikir Barat Kg Baru Jara telah dibawah Naungan Persatuan Belia Sri Jara. Tujuan adalah bagi meningkatkan lagi mutu kumpulan Dikir Barat Kg Baru Jara ini ke peringkat lebih tinggi dan terkenal di seluruh pelusuk tanah air.

MULTI SPORT KG BARU JARA




Terima kasih atas sumbangan begitu beharga kepada warga Belia Sri Jara dengan sumbangan Padang Multi Sport yang sedang dibangunkan ini bermula 25 Julai 2009 lalu.

Saturday, August 8, 2009

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH

Kejayaan program Bengkel Pengurusan Jenazah yang berlangsung selama 1 hari telah memberi banyak manfaat kepada penduduk Kg Baru Jara umumnya dan ahli belia khususnya. Selain dapat menimba ilmu berkenaan menguruskan Jenazah, program juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara golongan belia dan masyarakat dalam usaha menjayakan program berkenaan. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan juga kepada Y.B Dato Hj Ismail Bin Hj Abd Mutalib selaku ahli Parlimen Maran kerana sudi meluangkan masa bersama dan memberi sumbangan dalam menjayakan program yang julungkalinya dianjurkan oleh Persatuan Belia Sri Jara setelah diiktiraf sebagai persatuan berdaftar. Tahniah diucapkan kepada Persatuan Belia Sri Jara kerana program ini juga merupakan program tertinggi mendapat penyertaan peserta tanpa mengira peringkat usia. IWarga kerja belia mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan. Sekian.

MAJLIS BACAAN YASSIN




Mendekatkan diri golongan belia dan masyarakat menjadi keutamaan matlamat penganjuran majlis Bacaan Yassin ini diadakan. Disamping itu mendekatkan diri golongan belia dengan tuhan dan mengerjakan amalan semasa usia masih muda. Majlis pada 17 julai 2009 di Masjid Kg Jara berkenaan disempurnakan oleh semua ahli belia dan masyarakat Kg Baru Jara. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan.