Sunday, September 27, 2009

Pengiktirafan Pejabat Belia


Berkuatkuasa pada 28Sept09 Pejabat Kemas diambil alih buat sementara waktu dan diiktiraf sebagai Pejabat Belia Sri Jara. Hari ini 28Sept09 jam 4.30ptg satu gotong-royong diadakan bagi menceriakan dan membentuk sebuah pejabat belia untuk meningkatkan keupayaan operasi dan semangat bagi semua ahli persatuan. Semoga bertambah cemerlang dan berjaya.

Tinju Tomoi

Peserta Tinju Tomoi Belia akan berentap pada 2okt09 di gelanggang bandar Jengka. Saksikan lah. . Bermula
Jam 9mlm peserta bernama Mohd Aidi Zainuddin akan berentap mewakili peserta Belia Sri Jara. Semoga berjaya daripada pengerusi.

Mesyuarat Agong Tahun 2009

Mesuarat Agong Persatuan Belia Sri Jara selesai dilaksanakan di Balairaya Kg Baru Jara bermula pada jam 9.00mlm hingga 11.00mlm melibatkan ahli seramai 35 orang. Tahniah

Pembentangan Senarai Jawatankuasa Pertubuhan Belia Sri Jara Tahun 2009

Pengerusi : Mohammad Lela Bin Mat Said ( 830303-06-5753 )
T. Pengerusi : Mohd Sabri Bin Majid ( 760421-06-5155 )
N. Pengerusi 1 : Azmi Bin Ahmad ( 871101-06-5035 )
N. Pengerusi 2 : Mohammad Hanis Jani ( 860828-33-5653 )
Setiausaha : Amran Bin Mamat ( 850201-06-5849 )
P. Setiausaha : Siti Zuriana Bt Mamat ( 830212-06-5790 )
Bendahari : Mohd Izwan Bin Mamat ( 861011-33-6023 )
Ahli Jawatankuasa :-
Ajk 1 Mohd Fadzlan Bin Mat Hassan ( 900301-06-5523 )
Ajk 2 Khairul Azhar Bin Zainuddin ( 901014-06-5795 )
Ajk 3 Mohd Firdaus Bin Zahari ( 920423-06-5107 )
Ajk 4 Shadam Hussein Bin Mohd Jamil ( 921210-06-5627 )
Ajk 5 Aidi Bin Zainuddin ( 6189504 )Tentera
Ajk 6 Mohd Ekram Bin Abd Razak ( 920621-06-5213 )
Ajk 7 Mohd Shah Hazarian Bin Hasyim ( 880108-06-5833 )

Keputusan : Mesyuarat telah bersetuju sebulat suara

Semoga pengiktirafan ini dapat sama-sama memartabatkan belia sehingga disegani dan disanjung tinggi sepanjang zaman.

Monday, September 21, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan oleh pengerusi Belia Sri Jara kepada seluruh warga Belia Sri Jara khususnya dan pengunjung ruangan blog ini amnya.Sempena hari yang mulia ini selaku pengerusi yang mengetuai warga belia ini mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon kemaafan zahir batin semoga dengan rahmat keberkatan hari mulia ini dapat meningkatkan lagi ukhwah ikatan persaudaraan dan silaturrahim semua umat. Semoga kehadiran hari mulia ini akan sentiasa mengekalkan kemakmuran dan kebahagiaan penduduk kg dan seluruh warga belia sempena nama 'Satu Malaysia'

Y.B BERSAMA MASYARAKAT

Setinggi-tinggi penghargaan Terima kasih diucapkan atas keikhlasan Y.b Dun Kuala Sentul Dato' Shahaniza atas sumbangan beliau dalam majlis berbuka puasa bersama penduduk Kg Baru Jara dan kesudian beliau meluangkan masa bertemu dan bermesra dengan masyarakat. Program telah dijayakan oleh seluruh penduduk Kg Baru Jara yang berlangsung pada 18,09,2009 atas sumbangan keringat warga belia dan semua pihak yg sudi bersama-sama menjayakan program. Terima kasih sekali lagi bagi pihak warga belia atas sumbangan beliau berupa Tasbih untuk semua penduduk kg dan Beras untuk ibu tunggal, warga emas dan penduduk kurang berkemampuan. Semoga ikatan kemesraan Y.b dengan penduduk kg akan berkekalan sampai bila-bila.

Wednesday, September 16, 2009

Belia Untuk Masyarakat


Kebanggaan yang telah dilakukan oleh persatuan patut dijadikan contoh oleh seluruh belia dan beliawanis lain dalam penglibatan Belia Sri Jara dalam aktiviti mengimarahkan rumah ibadat masjid dengan menerapkan semangat cintakan Masjid sebagai rumah ibadah dan menceriakannya menjadi keutamaan. Sehubungan itu Belia Sri Jara telah mengadakan satu program menceriakan masjid pada 11/09/09 di Masjid Kg Jara untuk menerapkan semangat cintakan masjid di kalangan ahli. Program berkenaan telah mendapat kerjasama banyak pihak. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama berkenaan.

Program Berbuka Puasa


Sekali lagi penglibatan belia dalam program kemasyarakatan iaitu program berbuka anjuran Jkkk Kg Jara. Penglibatan belia telah meningkatkan kepercayaan masyarakat dalam semangat kerjasama yg diutamakan oleh pErsatuan. Program pada 15/09/09 ini berlangsung di masjid Kg Jara.

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran

Penyertaan ahli belia dalam majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran berlangsung di Masjid Kg Luit pada 14/09/09 bersama Tengku Mahkota. Ahli belia seramai 25orang yg terlibat merupan penyertaan ahli belia paling ramai dalam daerah Maran dan telah diberi kepercayaan mengetuai kumpulan selawat menyambut ketibaan Tengku Mahkota. Terima kasih kepada pejabat belia daerah atas kepercayaan berkenaan.

Program Berbuka Puasa

Satu lagi kejayaan belia untuk menyatukan penduduk kg Jara dan warga belia iaitu dalam penglibatan menjayakan program bebuka Belia Sri Jara dengan masyarakat pada 09/09/09 bertempat di masjid Kg Baru Jara. Warga belia mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan semua pihak.