Saturday, October 24, 2009

Belia Satu Suara


Pandangan dan cadangan semua ahli ataupun masyarakat dijadikan tunjang kekuatan kemajuan persatuan.

Wednesday, October 14, 2009

KURSUS RANCANGAN PERNIAGAAN

Tahniah kepada 2 ahli persatuan kerana telah berjaya dengan cemerlang menamatkan kursus Rancangan Perniagaan yang ditawarkan oleh pejabat belia daerah Maran. Pengerusi mangucapkan syabas kepada MOHD HANIS BIN JANI DAN MOHD SABRI BIN MAJID kerana telah mengikuti kursus dengan jayanya pada 9,10 dan 11 hb 10 2009 di Cherating Bay Resort. semoga akan bertambah pengetahuan untuk kemajuan persatuan dengan lebih cemerlang.

Tuesday, October 13, 2009

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA GEMPABUMI DI SUMATERA INDONESIA DAN TAUFAN FILIPINA

Belia Sri Jara mengambil kesempatan ini menyampaikan ucapan takziah kepada semua mangsa gempabumi yang baru ini berlaku di Sumatera Indonesia serta mangsa ribut taufan di Filipina. marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. walubagaimanapun kepada kita yang berada di bumi bertuah ini janganlah alpa dan leka menjaga ketenteraman dan keharmonian negara Malaysia tercinta ini agar segala perkara yang tidak kita ingini berlaku. marilah kita sama-sama menjaga kebersihan dan keindahan muka bumi Malaysia ini agar selamat daripada malapetaka yang mugkin akan mengakibatkan kemusnahan pada kita sendiri jika kebersihan dan keharmonian muka bumi kita ini terabai. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban semoga roh mereka dicucuri rahmat.amin,,,

Thursday, October 8, 2009

JAMUAN HARI RAYA YB DUN KUALA SENTUL


Ucapan terima kasih di atas jemputan majlis jamuan hari raya serta majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada gologan warga emas, rakyat miskin, oku dan pelajar ibubapa miskin. Sebanyak Rm150ribu peruntukan duit raya disediakan. Ucapan terima kasih di atas keperihatinan beliau. Semoga dengan ini lebih mengeratkan hubungan rakyat dengan kerajaan. Konsep 1Malaysia.

JEMPUTAN YB PARLIMEN

Majlis jamuan hari raya Parlimen Maran bertambah meriah dengan kehadiran tetamu jemputan termasuk golongan belia. Persembahan nyanyian daripada wakil belia kecil molek tambah menyerikan serta memeriahkan majlis. Belia Sri Jara mengucapkan terima kasih diatas jemputan majlis berkenaan. Semoga penglibatan belia Jara ini lebih mengeratkan hubungan kemesraan.