Monday, November 30, 2009

Mesyuarat Program Bulan Disember 09

30Nov09 bertempat di masjid Kg Baru Jara jam 9.30mlm setelah selesai warga belia berjemaah solat isyak bersama jemaah masjid telah mengadakan mesyuarat program bagi bulan Disember09 ini. Keputusan pada 25Dis09 , bermula 3.00ptg belia akan mengadakan majlis Tilawah dan Khatam Al-Quran bertempat di Masjid Kg Baru Jara. Persiapan program serta keperluan telah dilaksanakan dan menanti hari perlaksanaanya sahaja. Dijemput tetamu kehormat dan pegawai pej.Agama daerah Maran menyempurnakan program. Semoga berjaya. . TUNGGU.U.U.U

JAMBATAN BARU

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diatas kelulusan Projek Jambatan Gantung Pinggir Kg Baru Jara kepada semua yang terlibat menjayakannya demi kesenangan masyarakat setempat. Projek yg siap pada 23Nov2009 telah membuktikan satu lagi keperihatinan belia untuk kemajuan kg dan masyarakat. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Y.B Dun Kuala Sentul kerana telah menyempurnakan permohonan warga belia dalam mendapatkan Jambatan Gantung pinggir berkenaan. Sekali lagi pengerusi menyatakan ucapan terima kasih tidak terhingga diatas kerjasama beliau dan semua yg terlibat menjayakannya.

Wednesday, November 11, 2009

Penubuhan Kelab di bawah naungan persatuan Belia Sri Jara

Pembabitan Belia Sri Jara dalam membangunkan masyarakat telah menarik minat banyak pihak termasuk golongan veteran, gologan pentadbir samaada peringkat daerah mahupun wakil rakyat juga penerbitan akhbar untuk berita semasa. Lantas, belia mengambil peluang untuk melibatkan diri semua ahli dalam urusan pentadbiran dan pembangunan persatuan secara efisyen serta sistematik. Belia telah menubuhkan pelbagai kelab di bawah naungan persatuan Belia Sri Jara iaitu Kelab Dikir Barat, Kelab Bola Sepak dan Futsal, Kelab Bolasepak Junior, Kelab Beliatani, Kelab Tinju Tomoi, Kelab Usahawan, Kelab Kompang, kelab Sukarelawan dan Kelab Amal Jariah. Kelab ini ditubuh memberi matlamat besar untuk membangunkan masyarakat.

PENYATUAN MASYARAKAT

Friday, November 6, 2009

PERSEMBAHAN KOMPANG BELIA SRI JARA

Hari ini 7Nov2009 Persatuan Belia Sri Jara membuat persembahan kompang di kenduri perkahwinan bertempat di Taman Berkat Muhibbah Maran. Kehadiran kami memeriahkan suasana.
Terima kasih atas jemputan kami.

KELULUSAN PERPUSTAKAAN DESA

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Kemas Daerah Maran kerana telah meluluskan Perpustakaan Desa yang dipohon Persatuan Belia Sri Jara. Warga belia meneruskan usaha mendapatkan peruntukan bahan-bahan bacaan dan sebarang bentuk sumber yang boleh mendatangkan ilmu demi kemajuan seluruh penduduk dan anak bangsa untuk kemajuan diri, agama, bangsa dan negara. Kami sentiasa mengharapkan sokongan dari semua pihak untuk mencapai kemajuan bersama.

Sunday, November 1, 2009

PENUBUHAN KELAB BOLA SEPAK SRI JARA DAN JUNIOR SRI JARA

Penubuhan klub ini adalah bertujuan menyatupadukan golongan belia serta pelapis agar sentiasa mewujudkan budaya bersatu padu, budaya sihat serta menghindarkan daripada gejala sosial.