Tuesday, December 29, 2009

SALAM TAHUN BARU


Salam hormat kepada semua yang memberi sokongan sepenuhnya terhadap pembangunan Pertubuhan Belia Sri Jara sepanjang penubuhannya hingga hari ini dan kini telah mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan bagi membangunkan anak bangsa dan membangunkan desa ke arah pembangunan yang gemilang dan cemerlang. Bagi pihak pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjadi perangsang terhadap setiap perlaksanaan program dan membangunkan belia dalam semua aspek termasuk pembangunan jati diri, rohani, jasmani dan mentaliti serta mengubah tanggapan masyarakat terhadap belia bahawa golongan ini mampu manjadi tunjang utama dalam kepimpinan. sekali lagi pengerusi mengharapkan agar sokongan diberikan kepada pembangunan pertubuhan kami sepanjang zaman untuk sama-sama membina negara ke arah kemajuan agama, bangsa dan negara aman damai. Insyaallah.

Monday, December 28, 2009

PROGRAM ASYURA DAN CERAMAH SAMBUTAN MAAL HIJRAH KG BARU JARA





Program Asyura dan Memperkasa Al-Quran Sepanjang Zaman ini telah berlangsung di Masjid Kg Baru Jara pada 27 Disember 2009 dengan meriahnya sekali kerana mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada segenap lapisan masyarakat penduduk Kg Baru Jara termasuk penduduk dari kampung sekitar. Ini mencerminkan kerjasama dan sambutan yang memberangsangkan terhadap program anjuran Belia Sri Jara . Kerjasama yang erat daripada YB Dun Kuala Sentul , Tuan Khadi Daerah Maran, Pengerusi JKKK Kg Kuala sentul, dan ramai lagi undangan khas membuktikan beliau sering memberi galakan dan kerjasama dalam menjayakan setiap program anjuran belia. Matlamat belia untuk meningkatkan kerjasa di kalangan belia dengan masyarakat telah tercapai disamping memberi kesedaran terhadap kepentingan serta hikmah sambutan MAAL HIJRAH terutama terhadap golongan belia dan juga masyarakat. Program yang berlangsung bermula dari awal pagi kira-kira jam 6.45 pagi selepas solat Subuh hingga lepas solat Isyak dipelopori oleh golongan belia pada keseluruhanya telah menunjukan satu perubahan yang besar dalam pembangunan Kg Baru Jara ke arah sifat Muhibbah terhadap kemajuan agama bangsa dan negara. Program dimulakan dengan gotong-royong membuat asyura pada sebelah pagi dan ceramah Agama pada sebelah malam dari kesimpulannya, program yang dianjurkan ini telah berjaya mengangkat martabat golongan belia bahawa jika diberi kepercayaan dan dorongan golongan ini mampu melakukan kebaikan dan kejayaan. Syabas belia semoga kejayaan hari ini menjadi kejayaan untuk generasi yang akan datang.




Friday, December 25, 2009

PROGRAM ASYURA DAN MEMPERKASA AL-QURAN SEPANJANG ZAMAN

PADA 27 DIS 09ini satu program anjuran belia dengan kerjasama AJK MASJID KG BARU JARA  akan mengadakan program demi menyatupadukan masyrakat dengan golongan belia. program ini mendapat perhatian dan sokongan banyak pihak dalam melancarkan seterusnya mencapai matlamat program berkenaan. jemputan telah diedarkan kepada tetamu undangan khas antaranya YB DUN, YB PARLIMEN, TUAN KHADI dan Pegawai Jabatan Kerajaan Daerah Maran. semoga dengan ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim golongan belia dengan masyarakat. 

Sunday, December 13, 2009

KUNJUNGAN HORMAT MENGERATKAN SILATURRAHIM


12/12/09 Pertubuhan Belia Sri Jara telah mengadakan kunjungan hormat bersama Belia Kuala Sentul dengan mengadakan perlawanan Futsal dan suai kenal antara semua ahli. Ini bukan sahaja dapat memenuhi masa lapang dengan kegiatan sukan namun yang paling penting dapat mewujudkan budaya suai kenal, saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim. Semoga budaya ini sentiasa berkekalan dan diteruskan dari generasi ke generasi'

Saturday, December 5, 2009

GERAKAN BELIA SRI JARA

Balai Gerakan Belia Sri Jara telah beroperasi menyimpan kelengkapan bantuan makanan, minuman dan keperluan harian dari Jkm untuk pusat pemindahan bencana di Kg Baru Jara. Ini menandakan satu kerjasama kukuh antara pihak jKkk dan Warga Belia. Sementara itu anggota kerja sukarela telah ditubuhkan dan taklimat ringkas berkenaan pertolongan kecemasan telah dijalankan oleh Jpa3 dan golongan veteran Kg Baru Jara. Senarai no tel pegawai kebajikan, peg polis, jpa3 dan pegawai belia juga telah diambil bagi memudahkan kerja2 menyelamat mangsa jika musibah banjir melanda. Diharap usaha murni ini mendapat berkat dan dirahmati Allah snt.

Thursday, December 3, 2009

PERSEDIAAN MUSIM TENGKUJUH

Persediaan dan perlaksanaan kerja komuniti bagi menghadapi musim tengkujuh yang bakal tiba telah dijalankan oleh warga Belia Sri Jara. Pengagihan tugas di setiap kawasan serta taklimat berkenaan kerja sukarelawan telah dilaksanakan. Penglibatan oleh semua ahli belia amat dititikberatkan dalam kerja2 kemasyarakatan ini yang bertujuan berkhidmat untuk masyarakat berdasarkan selogan kerajaan. Ini disambut baik oleh Pihak Jkkk Kg Baru Jara sebagai satu pembaharuan terbaik dalam kg khususnya dan masyarakat am nya. Pihak belia sentiasa mengharap sokongan dari semua pihak untuk kejayaan bersama.

Mesyuarat Bersama Masyarakat

3Dis09 mesyuarat bersama Jkkk Kg Baru Jara, Ajk Masjid dan Penduduk Kg Baru Jara telah diadakan bertempat di Masjid Kg Baru Jara kira2 jam 930mlm telah diadakan. Penglibatan ahli seramai 22orang membincangkan perlaksanaan program belia bagi sesi Disember ini dan bertujuan meningkatkan kerjasama dalam masyarakat terutama kerja2 kemasyarakatan. Persetujuan telah dicapai oleh semua ahli mesyuarat iaitu program Bengkel Memperkasa Al-Quran bakal dilaksanakan pada 25Dis 09 ini. Penglibatan Belia dan Penduduk amat digalakan