Thursday, May 20, 2010

Persembahan Dikir Barat Bukit Tajau

Ucapan sekalung tahniah kepada peserta Dikir Barat Sri Jara kerana telah berjaya memberi persembahan mantap dan mendapat pujian banyak pihak pada 15 Mei 2010 baru ini bertempat di Felda Bukit Tajau. Persembahan berkenaan sempena meraikan pesta yang dianjurkan sempena memeriahkan penduduk di kawasan berkenaan disamping merapatkan hubungan antara sesama peneroka. Pihak kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak pengurusan program kerana sudi menjemput kami memeriahkan program berkenaan. Diharap hubungan yang lebih erat ini akan berterusan sampai bila-bila. Tahniah juga kepada peserta Dikir Barat kerana telah memberi komitmen yang begitu baik. Terima kasih"

Sunday, May 16, 2010

Program Malam Amal Dan Kebudayaan Belia Sri Jara

Sukacita dimaklumkan Pertubuhan Belia Sri Jara akan mengadakan Program Malam Amal Dan Kebudayaan Belia Sri Jara pada 21 Mei 2010 hingga 23 Mei 2010 bertempat di Padang Awam Kg Baru Jara jam 9.00 malam . Program bertujuan meningkatkan kesedaran berkenaan pentingnya budaya bantu-membantu dan bekerjasama di kalangan masyarakat tanpa mengira usia, bangsa dan juga keturunan. Program dianjurkan sempena memberi sedikit sumbangan kepada kumpulan sasar kami iaitu Ibu Tunggal, Warga Tua dan OKU. yang menetap di sekitar kawasan kami. Program telah membawa kelainan iaitu memanggil kumpulan Kebudayaan Kesenian Wayang Kulit yang diundang khas dari Negeri Kelantan bertujuan memperkenalkan seni warisan melayu kepada generasi muda disamping mempromosi Kg Baru Jara di kawasan sekitar tanpa mengenakan sebarang tiket. Persembahan Wayang Kulit selama 3malam berkenaan disamping pelbagai lagi aktiviti menarik pasti akan memeriahkan program berkenaan. Dijemput Dato'/datin/ tuan/puan/saudara/saudari memeriahkan program amal kami. Pasti anda akan terhibur'

Saturday, May 1, 2010

Desa Multisport

Satu lagi info dapat kami kongsikan untuk paparan pengunjung laman web kami iaitu Gelanggang Multisport yang dipertanggungjawabkan kepada belia untuk mempromosikan gelanggang kami bagi sesiapa sahaja yang berada sekitar Daerah Maran dan di mana juga semua berada. Terletak kira-kira 30km dari bandar Maran dan berhampiran jalan utama yang menghubungkan bandar Maran dengan bandar pusat Jengka ( melalui Kg Kuala Sentul ) juga merupakan jalan lama dari bandar jengka ke Kuantan.Kami mengalukan kedatangan peminat Futsal untuk menyewa gelanggang kami dengan Hanya RM20.00 per jam. terdapat juga kemudahan seperti tandas, parking kenderaan serta layanan istimewa dari seluruh penduduk Kg Baru Jara. Selamat berkunjung'

Minggu Promosi Desa Sempena Cuti-cuti Malaysia

Sebagai langkah meningkatkan masyarakat Malaysia berbelanja dalam negara disamping memperkenalkan beberapa lokasi yang menarik di sekitar tanah air, Pertubuhan Belia Sri Jara telah menjalankan minggu Promosi Desa dan memberi sedikit input untuk pengetahuan masyarakat umum beberapa tempat menarik boleh dikunjungi. Hari ini belia sempat memperkenalkan lokasi menarik di sekitar daerah Maran iaitu Di Lubuk Ujid. Lokasinya amat menenangkan dan sesuai dijadikan kawasan rekreasi serta santai bagi para keluarga. Terletak kira-kira 28km dari bandar Maran dan berhampiran jalan utama yang menghubungkan bandar Maran dengan bandar pusat Jengka ( melalui Kg Kuala Sentul ) juga merupakan jalan lama dari bandar jengka ke Kuantan. Terdapat beberapa kemudahan  untuk kegunaan serta keselesaan pengujung termasuk Bilik persalinan, Tandas awam, astaka, parking kenderaan, klinik,gerai jualan serta beberapa lagi kemudahan lain. Lokasinya juga berhampiran dengan Kem Biro Tatanegara ( BTN ). Kunjungan anda akan menenangkan perasaan serta merehatkan minda dengan aliran air sungai yang jernih dan mendamaikan. Selamat bercuti dan selamat bersantai'