Saturday, February 27, 2010

PROGRAM CINTAKAN RASULULLAH

Akan diadakan pada 3 Mac 2010 bermula dari Jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam
Program dimulakan dengan Selawat Ke Atas Nabi, disusuli dengan bacaan Yassin dan Solat Hajat seterusnya dimuliakan dengan Ceramah Maulidurrasul selepas solat Isyak'''
Dijemput seluruh penduduk sekitar memeriahkan majlis penuh keberkatan ini''''
penceramah khas dijemput Tuan Khadi Daerah Maran'

Sunday, February 14, 2010

PROJEK EKONOMI BELIA

Hari ini Belia Sri Jara telah menambah lagi aktiviti dalam menjana ekonomi warga belia iaitu menggiatkan diri dalam kegiatan pertanian. Memandang kepada seruan kerajaan iaitu Pertanian Menjana Pendapatan Lumayan, belia tidak lagi melepaskan peluang yang terbentang begitu sahaja dengan menggiatkan diri dan telah menjalankan satu pertanian Komersial iaitu Pertanian Jagung Madu. hasil bimbingan daripada Pejabat Pertanian Daerah Maran dan beberapa lagi jabatan yang menjalankan kerjasama telah meningkatkan kemahiran belia dalam menjalankan pertanian Jagung ini dalam memenuhi pasaran tempatan seterusnya menigkatkan hasil ekonomi belia. Permulaan kos sebanyak RM 10 ribu telah dibelanjakan dan mengharapkan hasil yang memberangsangkan. Hari ini, atas ketekunan belia menjalankan aktiviti telah  membuka mata Jabatan Pertanian Daerah Maran dalam menjadikan kawasan pertanian Jagung Belia ini sebagai lokasi penyelidikan dalam mengusahakan tanaman Jagung Jenis Hibrid ( Kacukan Taiwan+ Malaysia ) dan Jagung Mutiara ( Jagung Tanah Tinggi ditanam di Tanah Pamah ) Kerjasama erat ini telah menambahkan lagi semangat golongan muda ini untuk maju dan terus menigkatkan kegiatan pertanian sekaligus mengubah persepsi masyarakat bahawa pertanian bukan lagi bersifat sara diri malah boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan.   

PROGRAM DIKIR BARAT SRI JARA

Dikir Barat merupakan satu seni tradisional yang diwarisi di Kg baru Jara ini sejak 25 tahun yang lalu kini telah dipopularkan oleh Kelab Dikir Barat Sri Jara di bawah naungan Belia Sri Jara yang popularitinya telah tersebar ke seluruh negeri dalam Malaysia. Hari ini 14 Februari 2010 Kumpulan Dikir Barat Sri Jara telah mendapat jemputan iaitu di majlis perkahwinan saudara Idham bertempat di Taman Sri Cedong Maran Pahang. Kemeriahan suasana ditambah lagi dengan iringan lagu-lagu dikir tradisonal dan dikir moden menggamitkan suasana majlis kenduri berkenaan. Keseluruhan tetamu memberi tepukan gemuruh apabila bermulanya paluan gendang pembuka Panggung oleh Kelab Dikir Barat Sri Jara. Tetamu memberi komen yang sungguh membanggakan kerana amat terhibur dengan persembahan dari kumpulan kami.  Pengiktirafan ini merupakan penghargaan paling bermakna dalam meningkatkan lagi martabat seni budaya melayu dan warisan zaman ini. Syabas Belia Sri Jara dan semoga terus maju, maju dan terus maju.

SELAMAT TAHUN BARU CHINA



Kami warga Belia Sri Jara mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru China kepada seluruh masyarakat berbangsa China dan seluruh rakyat yang mengamalkan konsep 1 Malaysia. Semoga keamanan Negara Malaysia sentiasa baik, tenteram dan harmoni. Warga belia mengucapkan salam tahun Harimau ini kepada seluruh rakyat Malaysia dan kemeriahan tahun baru ini menggambarkan rakyat Malaysia sentiasa hidup aman damai dan tenteram diharapkan keamanan akan berkekalan sampai bila-bila.

Friday, February 12, 2010

PROGRAM KEKALKAN KESIHATAN DAN SERLAHKAN KECANTIKAN

Program ini telah berlangsung pada 10 Februari 2010 dijayakan oleh pertubuhan Belia Sri Jara dengan kerjasama seluruh penduduk Kg Baru Jara. Program telah berjaya membuka minda generasi veteran dan generasi muda di kg terhadap kepentingan penjagaan kesihatan seterusnya menyerlahkan kecantikan.Program ini telah menyahut seruan YB Dun Kuala Sentul untuk mengadakan program berkenaan kecantikan juga perlu dijalankan di Kg ini. Program telah berjaya meningkatkan kemahiran penduduk terhadap tips penjagaan kesihatan dan kecantikan wajah agar sentiasa nampak berseri dan jelita. Program juga telah berjaya mengeratkan hubungan seluruh penduduk kg dengan golongan belia.

Pertubuhan Belia Sri Jara mengucapkan jutaan terima kasih kepada  Syarikat Takau Poultry Farm ( Mr Bala ) kerana telah  menyumbangkan sebuah komputer riba bagi urusan pentadbiran dan pengurusan. Hadir menyampaikan sumbangan ini adalah Pengurus Takau Poultry Farm, En. P Balasubramaniam dan diterima oleh pengerusi Pertubuhan Belia Sri Jara dan disaksikan oleh seluruh penduduk kg Baru jara.Turut menyaksikan majlis penyerahan ini adalah Adun Kuala Sentul, Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin serta pengerusi Jkkk Kg Baru Jara.Diharap dengan penyerahan sumbangan ini lebih meningkatkan keupayaan pertubuhan dalam menjayakan masyarakat ke arah pembangunan yang lebih maju dalam mengejar kejayaan rohani dan jasmani.

PERLAWANAN FUTSAL PERSAHABATAN

Program berlangsung pada 8 Februari 2010 telah berjaya dilangsungkan di gelanggang Futsal Kg Baru Jara. Program ini dijayakan dengan perlawanan persahabatan futsal antara Belia Sri Jara dengan Belia Sungai Tekam. Perlawanan persahabatan telah memberi kemenangan kepada Belia Sri Jara dan ini menjadikan pasukan futsal Sri Jara semakin mantap dan hebat dalam mempamerkan permainan yang lebih profesional. Program telah berjaya mengikat ikatan silaturrahim dan mengekalkan hubungan persaudaraan yang erat dan lebih baik. terima kasih diatas kesudian semua yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan setiap program belia sri jara.

PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT

Kunjungan Hormat Belia Kuala Sentul di Kg Baru Jara telah dijalankan dengan jayanya bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara belia Kuala Sentul dengan penduduk Kg Baru Jara. Program yang berlangsung selama 3 jam itu telah berjaya mewujudkan suasana yang harmoni dan ikatan persaudaraan yang lebih teguh antara ke dua-dua desa wawasan ini. Program pada 5 Februari 2010 melibatkan Pertubuhan Belia Sri Jara dan penduduk kg Baru Jara telah dijayakan dengan acara perlawanan Futsal persahabatan serta jamuan ringan.penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja yang telah menjayakan program penuh bermakna ini.

PROGRAM DEKATI ORANG MUDA

Program Dekati Orang Muda merupakan satu program yang begitu bermakna telah dianjurkan di Kg Baru Jara melibatkan Jabatan Kemas Daerah Maran dengan kerjasama Pertubuhan Belia Sri Jara dan Jkkk Kg Baru Jara. Program ini telah mencapai matlamatnya iaitu menyatupadukan golongan muda dalam masyarakat, meningkatkan kesejahteraan penduduk, pertambahan pendapatan seterusnya mengekalkan keharmonian penduduk dalam mencapai gagasan 1 Malaysia.Program pada 30 Januari 2010 bertempat di Gelanggang Multisport Kg Baru Jara berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Perasmian Gelanggang Multisport Baru telah disempurnakan oleh YB Dun Kuala Sentul disaksikan oleh seluruh penduduk dan tetamu. Kemeriahan program telah berjaya mencapai tahap membanggakan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja yang menjayakan program berkenaan.