Friday, February 12, 2010

PERLAWANAN FUTSAL PERSAHABATAN

Program berlangsung pada 8 Februari 2010 telah berjaya dilangsungkan di gelanggang Futsal Kg Baru Jara. Program ini dijayakan dengan perlawanan persahabatan futsal antara Belia Sri Jara dengan Belia Sungai Tekam. Perlawanan persahabatan telah memberi kemenangan kepada Belia Sri Jara dan ini menjadikan pasukan futsal Sri Jara semakin mantap dan hebat dalam mempamerkan permainan yang lebih profesional. Program telah berjaya mengikat ikatan silaturrahim dan mengekalkan hubungan persaudaraan yang erat dan lebih baik. terima kasih diatas kesudian semua yang banyak memberi kerjasama dalam menjayakan setiap program belia sri jara.

PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT

Kunjungan Hormat Belia Kuala Sentul di Kg Baru Jara telah dijalankan dengan jayanya bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara belia Kuala Sentul dengan penduduk Kg Baru Jara. Program yang berlangsung selama 3 jam itu telah berjaya mewujudkan suasana yang harmoni dan ikatan persaudaraan yang lebih teguh antara ke dua-dua desa wawasan ini. Program pada 5 Februari 2010 melibatkan Pertubuhan Belia Sri Jara dan penduduk kg Baru Jara telah dijayakan dengan acara perlawanan Futsal persahabatan serta jamuan ringan.penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja yang telah menjayakan program penuh bermakna ini.

PROGRAM DEKATI ORANG MUDA

Program Dekati Orang Muda merupakan satu program yang begitu bermakna telah dianjurkan di Kg Baru Jara melibatkan Jabatan Kemas Daerah Maran dengan kerjasama Pertubuhan Belia Sri Jara dan Jkkk Kg Baru Jara. Program ini telah mencapai matlamatnya iaitu menyatupadukan golongan muda dalam masyarakat, meningkatkan kesejahteraan penduduk, pertambahan pendapatan seterusnya mengekalkan keharmonian penduduk dalam mencapai gagasan 1 Malaysia.Program pada 30 Januari 2010 bertempat di Gelanggang Multisport Kg Baru Jara berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Perasmian Gelanggang Multisport Baru telah disempurnakan oleh YB Dun Kuala Sentul disaksikan oleh seluruh penduduk dan tetamu. Kemeriahan program telah berjaya mencapai tahap membanggakan dan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja yang menjayakan program berkenaan.

Friday, January 29, 2010

GOTONG-ROYONG PERDANA

Program Gotong-royong Perdana ini telah berlangsung pada 22 Januari 2010 selama kira-kira setengah hari bermula jam 8.00 pagi hingga  jam 5.00 petang. Program ini telah berjaya mengikat tali silaturrahim antara seluruh penduduk kampung Baru Jara dengan golongan belia. ini meningkatkan lagi kerjasama seterusnya mewujudkan budaya tolong menolong dan bersatu padu dalam semua aspek. syabas kepada seluruh warga kerja belia dan masyarakat.

Sunday, January 17, 2010

PROGRAM DEKATI ORANG MUDA


Program  bakal berlangsung di  Gelanggang Multisport baru yang akan dirasmikan oleh Yb Dato' Shahaniza Y.b Dun  Kuala Sentul pada 30 januari 2010 bersempena  merapatkan diri  belia dengan  masyarakat  serta  meningkatkan  budaya  saling kenal-mengenali dan hormat-menghormati dalam masyarakat. Sama-sama kita nantikan waktu kegemilangan perlawanan Futsal 8 pasukan iaitu gabungan belia dengan penduduk kg serta pertandingan Gubahan oleh beliawanis dan kaum ibu. sama-sama kita tunggu...........

KURSUS PERTANIAN KG BARU JARA 2010




Kursus Pertanian pada 14 Januari 2010 bertempat di Balai Raya Kg Baru Jara telah memberi banyak pengalaman kepada peserta kursus termasuk ahli belia. Kursus yang berlangsung 1 hari itu telah memberi ilmu berkenaan pertanian moden serta penggunaan teknologi terkini dalam pertanian. Belia juga diberi peluang mempelajari teknik tanaman serta pemilihan baja dengan betul. Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi semangat belia untuk bergiat dalam kegiatan pertanian yang menjadi salah satu cabang perniagaan dalam Negara kita. Sekali lagi pengerusi melahirkan rasa gembira di atas kesudian pegawai dari pejabat Pertanian Daerah Maran kerana sudi meluangkan masa bersama penduduk Kg Baru Jara dalam kursus pertanian ini. 

PERLAWANAN PERSAHABATAN TAHUN 2010




Salam tahun baru 2010 kepada semua yang telah banyak memberi galakan terhadap pembangunan Pertubuhan Belia Sri Jara sejak dari awal penubuhan sehingga hari ini. Program pertama awal tahun 2010 ini merupakan program permulaan bagi mengaktifkan semangat kerjasama, mengeratkan silaturrahim serta membangunkan jati diri belia iaitu PROGRAM PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL “BELIA SRI JARA VS BELIA TAMAN MARAN JAYA” pada 13 Januari 2010 program yang berlangsung di Gelanggang Futsal TMJ selama 1 jam dan kemenangan memihak kepada Belia Sri Jara.telah mewujudkan semangat perpaduan, saling kenal mengenali, kerjasama serta menghindarkan belia daripada menjalankan aktiviti tidak sihat. Pihak pengerusi mengucapkan jutaan terimakasih di atas kerjasama warga kerja belia TMJ menjayakan program ini.