Friday, January 29, 2010
GOTONG-ROYONG PERDANA
Program Gotong-royong Perdana ini telah berlangsung pada 22 Januari 2010 selama kira-kira setengah hari bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Program ini telah berjaya mengikat tali silaturrahim antara seluruh penduduk kampung Baru Jara dengan golongan belia. ini meningkatkan lagi kerjasama seterusnya mewujudkan budaya tolong menolong dan bersatu padu dalam semua aspek. syabas kepada seluruh warga kerja belia dan masyarakat.
Sunday, January 17, 2010
PROGRAM DEKATI ORANG MUDA
Program bakal berlangsung di Gelanggang Multisport baru yang akan dirasmikan oleh Yb Dato' Shahaniza Y.b Dun Kuala Sentul pada 30 januari 2010 bersempena merapatkan diri belia dengan masyarakat serta meningkatkan budaya saling kenal-mengenali dan hormat-menghormati dalam masyarakat. Sama-sama kita nantikan waktu kegemilangan perlawanan Futsal 8 pasukan iaitu gabungan belia dengan penduduk kg serta pertandingan Gubahan oleh beliawanis dan kaum ibu. sama-sama kita tunggu...........
KURSUS PERTANIAN KG BARU JARA 2010
Kursus Pertanian pada 14 Januari 2010 bertempat di Balai Raya Kg Baru Jara telah memberi banyak pengalaman kepada peserta kursus termasuk ahli belia. Kursus yang berlangsung 1 hari itu telah memberi ilmu berkenaan pertanian moden serta penggunaan teknologi terkini dalam pertanian. Belia juga diberi peluang mempelajari teknik tanaman serta pemilihan baja dengan betul. Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi semangat belia untuk bergiat dalam kegiatan pertanian yang menjadi salah satu cabang perniagaan dalam Negara kita. Sekali lagi pengerusi melahirkan rasa gembira di atas kesudian pegawai dari pejabat Pertanian Daerah Maran kerana sudi meluangkan masa bersama penduduk Kg Baru Jara dalam kursus pertanian ini.
PERLAWANAN PERSAHABATAN TAHUN 2010
Salam tahun baru 2010 kepada semua yang telah banyak memberi galakan terhadap pembangunan Pertubuhan Belia Sri Jara sejak dari awal penubuhan sehingga hari ini. Program pertama awal tahun 2010 ini merupakan program permulaan bagi mengaktifkan semangat kerjasama, mengeratkan silaturrahim serta membangunkan jati diri belia iaitu PROGRAM PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL “BELIA SRI JARA VS BELIA TAMAN MARAN JAYA” pada 13 Januari 2010 program yang berlangsung di Gelanggang Futsal TMJ selama 1 jam dan kemenangan memihak kepada Belia Sri Jara.telah mewujudkan semangat perpaduan, saling kenal mengenali, kerjasama serta menghindarkan belia daripada menjalankan aktiviti tidak sihat. Pihak pengerusi mengucapkan jutaan terimakasih di atas kerjasama warga kerja belia TMJ menjayakan program ini.
Tuesday, December 29, 2009
SALAM TAHUN BARU
Salam hormat kepada semua yang memberi sokongan sepenuhnya terhadap pembangunan Pertubuhan Belia Sri Jara sepanjang penubuhannya hingga hari ini dan kini telah mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan bagi membangunkan anak bangsa dan membangunkan desa ke arah pembangunan yang gemilang dan cemerlang. Bagi pihak pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjadi perangsang terhadap setiap perlaksanaan program dan membangunkan belia dalam semua aspek termasuk pembangunan jati diri, rohani, jasmani dan mentaliti serta mengubah tanggapan masyarakat terhadap belia bahawa golongan ini mampu manjadi tunjang utama dalam kepimpinan. sekali lagi pengerusi mengharapkan agar sokongan diberikan kepada pembangunan pertubuhan kami sepanjang zaman untuk sama-sama membina negara ke arah kemajuan agama, bangsa dan negara aman damai. Insyaallah.
Monday, December 28, 2009
PROGRAM ASYURA DAN CERAMAH SAMBUTAN MAAL HIJRAH KG BARU JARA
Friday, December 25, 2009
PROGRAM ASYURA DAN MEMPERKASA AL-QURAN SEPANJANG ZAMAN
PADA 27 DIS 09ini satu program anjuran belia dengan kerjasama AJK MASJID KG BARU JARA akan mengadakan program demi menyatupadukan masyrakat dengan golongan belia. program ini mendapat perhatian dan sokongan banyak pihak dalam melancarkan seterusnya mencapai matlamat program berkenaan. jemputan telah diedarkan kepada tetamu undangan khas antaranya YB DUN, YB PARLIMEN, TUAN KHADI dan Pegawai Jabatan Kerajaan Daerah Maran. semoga dengan ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim golongan belia dengan masyarakat.
Subscribe to:
Posts (Atom)














