Dalam kesibukan waktu sempat kami Warga Beliasrijara luangkan sedikit masa berkongsi ruangan untuk kita sama-sama merenung sejenak dalam bulan yang penuh keberkatan ini sebelum kita sama-sama menjenguk ke bulan yang lebih baik dari seribu bulan Iaitu Bulan Ramadhan. Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Bulan Syaaban me r u p a k a n bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun
dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam
cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan,Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana
kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia
akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan(terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir,ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkandia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa,maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak,
dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
Saturday, July 16, 2011
Friday, May 6, 2011
Salam Hari Ibu
Warga Belia Sri Jara mengambil kesempatan mengucapkan selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua yang telah bergelar ibu. Semoga Mendapat Keberkatan dalam hidup. Jasamu amat beharga. Terima Kasih Ibu;;;;;
Thursday, April 7, 2011
Program Ziarah Dakwah Bersama Masyarakat Orang Asli 30/03/2011
Alhamdulillah ;;; 28-30/03/2011 yang lalu satu program bersama telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan sungguh memberangsangkan. Program berasaskan mesra penduduk dan suai kenal bersama penduduk Kg. Sg Jempol telah diatur dengan begitu rapi daripada pelbagai jabatan dan persatuan terdiri daripada Jabatan Agama Islam Daerah Maran, Pejabat Kemajuan dan Hal Ehwal Orang Asli, Majlis Ugama Islam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kelab Bikes Maran dan beberapa lagi jabatan serta mendapat kerjasama yang sungguh baik daripada penduduk Kg. Baru Jara dan ahli Persatuan Belia Sri Jara.
Program yang dianjurkan selama 3 hari dapat mengeratkan hubungan silaturrahim penduduk seterusnya dapat mewujudkan suasana yang begitu harmoni dan tenteram. Program berunsur dakwah ini pada mulanya amat ditakuti oleh penduduk berjaya dilaksanakan berkat kesabaran semua pihak seterusnya menjayakan Program dengan begitu meriah sekali. Kami Persatuan Belia Sri Jara turut merasa bangga di atas kejayaan tersebut dan mengharapkan program sebegini diteruskan untuk masa akan datang.
Friday, March 4, 2011
Sambutan Maulidur Rasul 2011
Sambutan Maulidur Rasul peringkat Komuniti ini dilangsungkan pada pada 26 Feb 2011 lalu di Masjid Kg Baru Jara. Sempena sambutan itu , satu Tazkirah Maghrib berkaitan Maulidur Rasul telah di adakan selepas solat Maghrib oleh Tuan Kadi Daerah Maran dan diteruskan dengan bacaan Tahlil. Program dimeriahkan dengan Selawat ke atas Nabi dan bacaan Yasin di sebelah pagi serta diserikan dengan acara Gotong-royong tambah memeriahkan suasana. Program sebegini selain mengeratkan ikatan silaturrahim program juga dapat mengangkat semangat penduduk dalam mengingati Rasul Junjungan kita sepanjang zaman.
Thursday, December 30, 2010
Program Liga Bola Jaring Menghiburkan
Kg Baru Jara -29HB Dis- 2010. Sebanyak 6 pasukan bola jaring dalam Kg Baru Jara telah berkampung di Perkarangan Gelanggang Bola Jaring Kg Baru Jara untuk bersama-sama menyertai Pertandingan Bola Jaring tertutup Anjuran Beliawanis Srijara dengan kerjasama Wanita Umno Kg Baru jara.
Pertandingan yang bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang ini telah dirasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh En Hassan Khalil selaku Pengerusi Jawatankuasa Kg Baru Jara.Program yang terdiri dari golongan ibu2 dan beliawanis telah menyerikan suasana serta menghiburkan. Program ini akan menjadi program tahunan di Kg Baru Jara dan akan menjadi inspirasi untuk memajukan sukan ini ke peringkat lebih membanggakan.
Program Asyura Membentuk Perpaduan
Tahniah kepada semua yang telah banyak memberi sumbangan samada berupa kewangan masa dan tenaga dalam menjayakan Program Asyura Tahunan Kg Baru Jara dengan kerjasama banyak pihak termasuk JKKK Kg Baru Jara, AJK Masjid, Pertubuhan Belia Sri Jara, Beliawanis Sri Jara, SRS Kg Baru Jara, Pemuda UMNO, Pemuda PAS, Persatuan Dikir Barat Sri Jara dan semua penduduk Kg Baru Jara. Selain program dapat mengeratkan silaturrahim antara seluruh penduduk kg, program juga dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong- menolong seluruh penduduk Kg Baru Jara dan tetamu undangan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.
Sunday, December 26, 2010
Liga Futsal Sri Jara 2010 Pengikat Silaturrahim
Tahniah kepada semua ahli Pertubuhan Belia Sri Jara kerana telah berjaya melaksanakan program dengan cemerlang dan mendapat sambutan banyak pihak terutama YB Dun Kuala Sentul dan sudi meluangkan masa bersama ahli belia dan penduduk Kg Baru Jara. Program Liga Futsal Sri Jara telah berjaya mencungkil bakat-bakat muda serta berjaya menggilap bakat terpendam seluruh penduduk kg Baru Jara. Kemeriahan suasana dapat mengeratkan silaturrahim antara golongan belia dengan masyarakat. Diharapkan keamanan dan ketenteraman Desa Wawasan ini berkekalan SEPANJANG ZAMAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)











