Saturday, June 16, 2012

Astaka Sri Jara

Awal Jun 2012 bermula lakaran sejarah bagi seluruh warga Belia Sri Jara dan penduduk Kg. Baru Jara dalam daerah Maran kerana tarikh bertuah itu telah berjaya menyatupadukan penduduk Kg. Jara bersama warga Belia seluruhnya membangunkan sebuah bangunan untuk dijadikan bagunan pertama hak milik sepenuhnya bagi Pertubuhan Belia Sri Jara berfungsi sebagai medan penyampaian maklumat, pusat latihan Dikir Barat, Seni Silat, Sukan Tomoi seterusnya dijadikan sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan di Kg. Baru Jara ini.
Berkat hasil kesabaran serta tungkus-lumus warga belia dan penduduk Kg. Jara telah berjaya membina sebuah empayar yang megah bergelar ASTAKA BELIA SRI JARA''
Bangunan merupakan sebuah pentas dan sebahagian stor ini menjadi pusat dan tonggak dalam menggerakkan Pertubuhan Belia Sri Jara untuk lebih maju dan terus maju. Iringan doa dihulurkan semoga semangat golongan muda dalam menjayakan masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan terus kukuh dan sentiasa mekar demi kebahagiaan masyarakat, agama dan negara.

Friday, February 3, 2012

Dikir Barat Sri Jara Pembuka Tirai 2012


Salam muhibbah, salam belia satu Malaysia dan salam silaturrahim kepada seluruh rakyat Malaysia. Hari ini 16/1/2012 kami telah mendapat tawaran persembahan Dikir Barat di majlis perkahwinan bagi sama-sama memeriahkan suasana. Sementara itu kami telah menyediakan pakaian persembahan baru sebagai perasmian untuk pembukaan Tahun 2012. Diharap tahun ini dapat menjadikan Kumpulan Dikir Barat Sri Jara terkenal ke seluruh pelusuk tanah air''