Saturday, August 8, 2009

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH

Kejayaan program Bengkel Pengurusan Jenazah yang berlangsung selama 1 hari telah memberi banyak manfaat kepada penduduk Kg Baru Jara umumnya dan ahli belia khususnya. Selain dapat menimba ilmu berkenaan menguruskan Jenazah, program juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara golongan belia dan masyarakat dalam usaha menjayakan program berkenaan. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan juga kepada Y.B Dato Hj Ismail Bin Hj Abd Mutalib selaku ahli Parlimen Maran kerana sudi meluangkan masa bersama dan memberi sumbangan dalam menjayakan program yang julungkalinya dianjurkan oleh Persatuan Belia Sri Jara setelah diiktiraf sebagai persatuan berdaftar. Tahniah diucapkan kepada Persatuan Belia Sri Jara kerana program ini juga merupakan program tertinggi mendapat penyertaan peserta tanpa mengira peringkat usia. IWarga kerja belia mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan. Sekian.

No comments:

Post a Comment