Saturday, May 1, 2010

Minggu Promosi Desa Sempena Cuti-cuti Malaysia

Sebagai langkah meningkatkan masyarakat Malaysia berbelanja dalam negara disamping memperkenalkan beberapa lokasi yang menarik di sekitar tanah air, Pertubuhan Belia Sri Jara telah menjalankan minggu Promosi Desa dan memberi sedikit input untuk pengetahuan masyarakat umum beberapa tempat menarik boleh dikunjungi. Hari ini belia sempat memperkenalkan lokasi menarik di sekitar daerah Maran iaitu Di Lubuk Ujid. Lokasinya amat menenangkan dan sesuai dijadikan kawasan rekreasi serta santai bagi para keluarga. Terletak kira-kira 28km dari bandar Maran dan berhampiran jalan utama yang menghubungkan bandar Maran dengan bandar pusat Jengka ( melalui Kg Kuala Sentul ) juga merupakan jalan lama dari bandar jengka ke Kuantan. Terdapat beberapa kemudahan  untuk kegunaan serta keselesaan pengujung termasuk Bilik persalinan, Tandas awam, astaka, parking kenderaan, klinik,gerai jualan serta beberapa lagi kemudahan lain. Lokasinya juga berhampiran dengan Kem Biro Tatanegara ( BTN ). Kunjungan anda akan menenangkan perasaan serta merehatkan minda dengan aliran air sungai yang jernih dan mendamaikan. Selamat bercuti dan selamat bersantai'

No comments:

Post a Comment