Tuesday, June 15, 2010

Malam Amal dan Kebudayaan Sri Jara

Malam Amal dan Kebudayaan Sri Jara telah berlangsung selama 3 hari itu  iaitu pada 21 Mei- 23 Mei 2010 bertempat di padang  awam Kg. Jara telah berjaya dengan bangganya apabila matlamat berhibur sambil beramal telah tercapai. Program telah membuka mata banyak pihak apabila Belia Sri Jara berjaya menyempurnakan kerja khidmat masyarakat dengan memberi sumbangan kepada kumpulan sasar terdiri daripada Golongan OKU, Ibu Tunggal, Keluarga Miskin serta Orang Tua disamping memperkenalkan seni budaya Wayang Kulit yang semakin dilupakan. Sumbangan yang bertujuan mewujudkan ikatan silaturahim yang kukuh dan mewujudkan perpaduan ummah antara semua penduduk dengan golongan belia telah berhasil. Ucapan jutaan terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan dalam melancarkan program terutama Dato' Tan Aminuddin Exco Negeri Pahang, Dato' Hj Ismail Y.B Parlimen Maran, Dato' Shahaniza Y.B Dun Kuala Sentul, beberapa penyumbang peribadi dan semua ahli belia serta penduduk kampung yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Kesimpulannya, kejayaan program ini adalah hasil kerja seluruh masyarakat yang sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan Pertubuhan Belia Sri Jara. Pengerusi, mengucapkan syabas dan tahniah.

3 comments:

  1. semoga belia srijara dapat menganjurkan aktiviti dan program yang lebih hebat dan bermanafaat bagi erluryh belia kg Jara :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas cadangan tuan;;;
    sokongan dan dorongan semua pihak menjadi tunjang kejayaan kami;;;

    ReplyDelete