Monday, December 28, 2009

PROGRAM ASYURA DAN CERAMAH SAMBUTAN MAAL HIJRAH KG BARU JARA





Program Asyura dan Memperkasa Al-Quran Sepanjang Zaman ini telah berlangsung di Masjid Kg Baru Jara pada 27 Disember 2009 dengan meriahnya sekali kerana mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada segenap lapisan masyarakat penduduk Kg Baru Jara termasuk penduduk dari kampung sekitar. Ini mencerminkan kerjasama dan sambutan yang memberangsangkan terhadap program anjuran Belia Sri Jara . Kerjasama yang erat daripada YB Dun Kuala Sentul , Tuan Khadi Daerah Maran, Pengerusi JKKK Kg Kuala sentul, dan ramai lagi undangan khas membuktikan beliau sering memberi galakan dan kerjasama dalam menjayakan setiap program anjuran belia. Matlamat belia untuk meningkatkan kerjasa di kalangan belia dengan masyarakat telah tercapai disamping memberi kesedaran terhadap kepentingan serta hikmah sambutan MAAL HIJRAH terutama terhadap golongan belia dan juga masyarakat. Program yang berlangsung bermula dari awal pagi kira-kira jam 6.45 pagi selepas solat Subuh hingga lepas solat Isyak dipelopori oleh golongan belia pada keseluruhanya telah menunjukan satu perubahan yang besar dalam pembangunan Kg Baru Jara ke arah sifat Muhibbah terhadap kemajuan agama bangsa dan negara. Program dimulakan dengan gotong-royong membuat asyura pada sebelah pagi dan ceramah Agama pada sebelah malam dari kesimpulannya, program yang dianjurkan ini telah berjaya mengangkat martabat golongan belia bahawa jika diberi kepercayaan dan dorongan golongan ini mampu melakukan kebaikan dan kejayaan. Syabas belia semoga kejayaan hari ini menjadi kejayaan untuk generasi yang akan datang.




No comments:

Post a Comment