Sunday, February 14, 2010

PROGRAM DIKIR BARAT SRI JARA

Dikir Barat merupakan satu seni tradisional yang diwarisi di Kg baru Jara ini sejak 25 tahun yang lalu kini telah dipopularkan oleh Kelab Dikir Barat Sri Jara di bawah naungan Belia Sri Jara yang popularitinya telah tersebar ke seluruh negeri dalam Malaysia. Hari ini 14 Februari 2010 Kumpulan Dikir Barat Sri Jara telah mendapat jemputan iaitu di majlis perkahwinan saudara Idham bertempat di Taman Sri Cedong Maran Pahang. Kemeriahan suasana ditambah lagi dengan iringan lagu-lagu dikir tradisonal dan dikir moden menggamitkan suasana majlis kenduri berkenaan. Keseluruhan tetamu memberi tepukan gemuruh apabila bermulanya paluan gendang pembuka Panggung oleh Kelab Dikir Barat Sri Jara. Tetamu memberi komen yang sungguh membanggakan kerana amat terhibur dengan persembahan dari kumpulan kami.  Pengiktirafan ini merupakan penghargaan paling bermakna dalam meningkatkan lagi martabat seni budaya melayu dan warisan zaman ini. Syabas Belia Sri Jara dan semoga terus maju, maju dan terus maju.

1 comment:

  1. Tahniah, Belia Sri Jara. Tingkatkan usaha 'practice make perfect'...syabas. Seni budaya warisan ini kalau tidak diperkembangkan akan berkuburlah ia.

    ReplyDelete